doa

Zikir pagi dan petang 2/5

Kumpulan zikir pagi dan petang (2/5): bacaan 77 hingga 81 dalam bahasa Arab, rumi dan maksud.

Saiz teks

Bacaan

أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ (أَمْسَيْنَا وَأَمْسَى) الْمُلْكُ لِلَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، رَبِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِي هَذَا الْيَوْمِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهُ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِي هَذَا الْيَوْمِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهُ، رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكَسَلِ، وَسُوءِ الْكِبَرِ، رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابٍ فِيْ النَّارِ وَعَذَابٍ فِيْ الْقَبْرِ.

Rumi

Asbahna wa asbaha (amsainā wa amsā) al-mulku lillāhi, wa al-hamdu lillāhi, lā ilāha illā Allāhu wahdahu lā syarīka lahu, lahu al-mulku wa lahu al-hamdu wa huwa 'alā kulli syai'in qadīrun, rabbi as'aluka khaira mā fī hāzā al-yaumi wa khaira mā ba'dahu, wa a'ūzu bika min syarri mā fī hāzā al-yaumi wa syarri mā ba'dahu, rabbi a'ūzu bika mina al-kasali, wa sū'i al-kibari, rabbi a'ūzu bika min 'azābin fī an-nāri wa 'azābin fī al-qabri.

Maksud

“Kami hayati pagi (petang) kami dan pagi (petang) yang penuh Kekuasaan bagi Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa, Yang tiada sekutu bagi-Nya, baginya segala kekuasaan dan baginya segala pujian dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu. Ya Tuhanku, Aku memohon kepada-Mu kebaikan yang terdapat pada hari (malam) ini dan kebaikan yang terdapat selepasnya dan aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang terdapat pada hari (malam) ini dan kejahatan yang berlaku selepasnya. Ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu daripada sifat malas dan usia yang terlalu tua (yang datang dengan pelbagai keburukan). Ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu daripada azab neraka dan azab kubur”.

Bacaan 2

اللَّهُمَّ بِكَ أَصْبَحْنَا، وَبِكَ أَمْسَيْنَا، وَبِكَ نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوتُ، وَإِلَيْكَ النُّشُورُ.

Rumi 2

Allāhumma bika asbahna, wa bika amsainā, wa bika nahyā, wa bika namūtu, wa ilaika an-nusyūru.

Maksud

“Ya Allah, dengan-Mu kami hayati waktu pagi (petang) kami, dengan-Mu kami hayati waktu petang (pagi) kami, dengan-Mu kami hidup, dengan-Mu kami mati dan kepada-Mu kami akan kembali”.

Bacaan 3

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِي، فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ.

Rumi 3

Allāhumma anta rabbī lā ilāha illā anta, khalaqtanī wa anā 'abduka, wa anā 'alā 'ahdika wa wa'dika mā istata'tu, a'ūzu bika min syarri mā sana'tu, abū'u laka bini'matika 'alayya, wa abū'u bizanbī, fa ghfir lī fa innahu lā yaghfiru az-zunūba illā anta.

Maksud

“Ya Allah, engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hamba-Mu, dan aku teguh di atas perintah (untuk mentauhidkan Allah dan mentaatinya) dan perjanjian-Mu sekadar keupayaanku. Aku berlindung dengan-Mu daripada segala kejahatan yang telah aku lakukan, aku mengakui nikmat-Mu ke atasku dan aku mengaku akan dosaku. Ampunilah daku, sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan apa-apa dosa melainkan Engkau”.

Bacaan 4

اللَّهُمَّ إِنِّي أَصْبَحْتُ (أَمْسَيْتُ) أُشْهِدُكَ وَأُشْهِدُ حَمَلَةَ عَرْشِكَ، وَمَلَائِكَتَكَ وَجَمِيعَ خَلْقِكَ، أَنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ وَحْدَكَ لَا شَرِيكَ لَكَ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ .

Rumi 4

Allāhumma innī asbahtu (amsaitu) usyhiduka wa usyhidu hamalata 'arsyika, wa malā'ikataka wa jamī'a khalqika, annaka anta Allāhu lā ilāha illā anta wahdaka lā syarīka laka, wa anna Muhammadan 'abduka wa rasūluka.

Maksud

“Ya Allah, sesungguhnya pada pagi (petang) ini aku mempersaksikan kepada-Mu dan aku mempersaksikan kepada Malaikat yang memikul arasy-Mu, malaikat-malaikat dan semua makhluk-Mu, bahawa sesungguhnya Engkau adalah Allah, tidak ada yang berhak disembah melainkan Engkau, Yang Esa tidak ada sekutu bagi-Mu, dan sesungguhnya Nabi Muhammad adalah hamba dan rasul-Mu”. (dibaca empat kali)

Bacaan 5

اللَّهُمَّ مَا أَصْبَحَ (مَا أَمْسَى) بِيْ مِنْ نِعْمَةٍ أَوْ بِأَحَدٍ مِنْ خَلْقِكَ فَمِنْكَ وَحْدَكَ لَا شَرِيكَ لَكَ، فَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ.

Rumi 5

Allāhumma mā asbaha (mā amsā) bī min ni'matin au bi'ahadin min khalqika fa minka wahdaka lā syarīka laka, fa laka al-hamdu wa laka asy-syukru.

Maksud

“Ya Allah, segala nikmat yang aku perolehi pada pagi (petang) ini, atau yang diperolehi oleh setiap sesuatu daripada makhluk-Mu, maka semuanya adalah kurniaan daripada-Mu Yang Esa, tidak ada sekutu bagi-Mu, maka hanya untuk-Mulah segala pujian dan hanya untuk-Mulah segala kesyukuran”.

Catatan

Bacaan 77–81 ialah zikir pagi dan petang. Bentuk pagi dan petang dipaparkan bersama dalam kurungan; bacaan yang bergaris ialah bentuk asas yang digantikan pada waktu petang.

Zikir 77 — pada waktu petang dibaca dengan: رَبِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِيْ هَذِهِ اللَّيْلَةِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهَا، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِيْ هَذِهِ اللَّيْلَةِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهَا.

Rabbi as'aluka khaira mā fī hāzihi al-lailati wa khaira mā ba'dahā, wa a'ūzu bika min syarri mā fī hāzihi al-lailati wa syarri mā ba'dahā.

Zikir 78 — pada waktu petang dibaca dengan: اللَّهُمَّ بِكَ أَمْسَيْنَا، وَبِكَ أَصْبَحْنَا، وَبِكَ نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوتُ، وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ.

Allāhumma bika amsainā, wa bika asbahna, wa bika nahyā, wa bika namūtu, wa ilaika al-masīru.

Sumber zikir 77: Muslim 4/2088. Sumber zikir 78: At-Tirmizi 5/466; Sahih At-Tirmizi 3/142.

Sumber zikir 79: “Sesiapa yang membacanya dengan penuh keyakinan ketika petang kemudian dia mati pada malamnya dia akan dapat masuk syurga, demikian juga kalau dia membacanya pada waktu pagi”. Al-Bukhari 7/150.

Sumber zikir 80: “Sesiapa yang membacanya pada waktu pagi atau petang empat kali Allah SWT akan memerdekakannya dari api neraka”. Abu Daud 4/317, Al-Bukhari dalam Al-Adab al-Mufrad No. 1201, An-Nasa’i dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah No. 9, Ibnu As-Sunni No. 70, kata Ibnu Baz: Sanad An-Nasa’i dan Abu Daud Hasan, Tuhfatul Akhyar ms 23.

Sumber zikir 81: “Sesiapa yang membacanya pada waktu pagi maka dia telah bersyukur pada hari itu dan siapa yang membacanya pada waktu petang maka dia telah bersyukur pada malam itu”. Abu Daud 4/318. An-Nasa’i dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah, No. 7. Ibnu As-Sunni No. 41. Dinisbahkan kepada Ibnu Hibban di dalam ‘Mawarid’ No. 2361. Ibnu Baz: Hasan, Tuhfatul Akhyar, ms 24.

Sumber

  • MuslimRujukan: 4/2088
  • At-TirmiziRujukan: 5/466
  • Sahih At-TirmiziRujukan: 3/142
  • Al-BukhariRujukan: 7/150
  • Abu DaudRujukan: 4/317
  • Al-Bukhari, Al-Adab al-MufradRujukan: No. 1201
  • An-Nasa'i, Amal al-Yaum wa al-LailahRujukan: No. 9
  • Ibnu As-SunniRujukan: No. 70
  • Abu DaudRujukan: 4/318
  • An-Nasa'i, Amal al-Yaum wa al-LailahRujukan: No. 7
  • Ibnu As-SunniRujukan: No. 41
  • Ibnu Hibban, MawaridRujukan: No. 2361