doa

Doa qunut solat witir

Doa qunut solat witir dalam bahasa Arab, rumi dan maksud.

Saiz teks

Bacaan

اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ، فَإِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ، إِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، [وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ]، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ.

Rumi

Allāhumma ihdinī fīman hadaita, wa 'āfinī fīman 'āfaita, wa tawallanī fīman tawallaita, wa bārik lī fīmā a'taita, wa qinī syarra mā qadaita, fa innaka taqdī wa lā yuqdā 'alaika, innahu lā yazillu man wālaita, [wa lā ya'izzu man 'ādaita], tabārakta rabbanā wa ta'ālaita.

Maksud

“Ya Allah, berilah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah. Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan. Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pelihara. Dan berkatilah aku pada nikmat-nikmat yang telah Engkau kurniakan dan selamatkanlah aku daripada sebarang kejahatan dan bahaya yang telah Engkau tetapkan. Maka, sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan tiada yang menghukum ke atas-Mu. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau telah kasihi dan tidak akan mulia orang yang telah Engkau musuhi. Maha Berkat Engkau, wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi”.

Bacaan 2

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ، لَا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ، أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ.

Rumi 2

Allāhumma innī a'ūzu biridāka min sakhatika, wa bimua'āfātika min 'uqūbatika, wa a'ūzu bika minka, lā uhsī sanā'an 'alaika, anta kamā asnaita 'alā nafsika.

Maksud

“Ya Allah, aku berlindung dengan keredhaan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan aku berlindung dengan kemaafan-Mu daripada hukuman-Mu dan aku berlindung dengan-Mu daripada kemurkaan-Mu, aku tidak mampu untuk memuji-Mu dengan pujian yang selayaknya sepertimana Engkau memuji diri-Mu sendiri”.

Bacaan 3

اللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ، وَنَخْشَى عَذَابَكَ، إِنَّ عَذَابَكَ بِالْكَافِرِينَ مُلْحَقٌ . اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِينُكَ، وَنَسْتَغْفِرُكَ، وَنُثْنِي عَلَيْكَ الْخَيْرَ، وَلَا نَكْفُرُكَ، وَنُؤْمِنُ بِكَ، وَنَخْضَعُ لَكَ، وَنَخْلَعُ مَنْ يَكْفُرُكَ.

Rumi 3

Allāhumma iyyāka na'budu, wa laka nusallī wa nasjudu, wa ilaika nas'ā wa nahfidu, narjū rahmataka, wa nakhsyā 'azābaka, inna 'azābaka bilkāfirīna mulhaqun. Allāhumma innā nasta'īnuka, wa nastaghfiruka, wa nusnī 'alaika al-khaira, wa lā nakfuruka, wa nu'minu bika, wa nakhda'u laka, wa nakhla'u man yakfuruka.

Maksud

“Ya Allah, hanya Engkaulah sahaja yang kami sembah dan kepada-Mu kami solat dan kami sujud. Kepada Engkau kami beramal dan segera berbakti. Kami mengharapkan limpah rahmat-Mu dan kami gerun akan azab seksaan -Mu. Sesungguhnya azab seksaan -Mu hanyalah ditimpakan ke atas orang-orang kafir. Ya Allah, kami memohon pertolongan-Mu, kami memohon keampunan-Mu dan kami memuji-Mu dengan kebaikan, kami tidak akan kufur kepada-Mu, kami beriman kepada-Mu, kami tunduk kepada-Mu dan kami berlepas diri daripada mereka yang kufur kepada-Mu”.

Catatan

Riwayat Ashab As-Sunan yang 4, Ahmad, Ad-Darimi, Al-Hakim, di antara dua kurungan riwayat Al-Baihaqi. Lihat: Sahih At-Tirmizi 1/144, Sahih Ibnu Majah 1/194, Irwa’ al-Ghalil 2/172. Ashab As-Sunan yang 4, Ahmad. Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/180, Sahih Ibnu Majah 1/194, Irwa’ al-Ghalil 2/175.

Sumber

  • Ashab As-SunanRujukan: yang 4, Ahmad, Ad-Darimi, Al-Hakim, di antara dua kurungan riwayat Al-Baihaqi
  • Sahih At-TirmiziRujukan: 1/144
  • Sahih Ibnu MajahRujukan: 1/194
  • Irwa' al-GhalilRujukan: 2/172