Bacaan
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
Rumi
Subhānakallāhumma wa bihamdika, asyhadu an lā ilāha illā anta astaghfiruka wa atūbu ilaika
Maksud
“Maha Suci Engkau Ya Allah, dengan memuji-Mu, aku mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku memohon keampunan dan aku bertaubat kepada-Mu”.
Catatan
Riwayat Ashab as-Sunan. Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/153. Telah sabit dari Aishah رضي الله عنها katanya: “Setiap kali Rasulullah ﷺ duduk di suatu tempat, atau apabila baginda selesai membaca Al-Quran atau selepas mengerjakan solat, Baginda mengakhirinya dengan membaca kalimah (doa) ini”. An-Nasa’i dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah No. 308, Ahmad 6/77. Dr. Farok Hamadah menilainya sebagai sahih dalam tahqiq kitab Amal al-Yaum wa al-Lailah 273.