doa

Bacaan ketika dan selepas Azan

Bacaan ketika dan selepas Azan dalam bahasa Arab, rumi dan maksud.

Bacaan

Sesiapa yang mendengar laungan azan hendaklah dia mengulangi kalimah yang diucapkan oleh muazzin, kecuali ketika laungan:

حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ

حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ

Selepas muazzin melaungkan dua ini, bacalah:

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

Rumi

Lā ḥawla wa lā quwwata illā billāh.

Maksud

Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.

Bacaan 2

Selepas muazzin melaungkan lafaz Syahadah, bacalah:

وَأَنَا أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا، وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولًا، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا

Rumi

Wa anā asyhadu an lā ilāha illallāhu waḥdahū lā syarīka lah, wa anna Muḥammadan ‘abduhū wa rasūluh, raḍītu billāhi rabban, wa bi Muḥammadin rasūlan, wa bil-islāmi dīnan.

Maksud

Dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba serta utusan-Nya. Aku reda Allah sebagai Tuhan, Nabi Muhammad sebagai rasul dan Islam sebagai agama.

Bacaan 3

Berselawat ke atas Rasulullah ﷺ selepas selesai menjawab lafaz azan muazzin.

Bacaan 4

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ، وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ، آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ، وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ، إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ

Rumi

Allāhumma rabba hādhihid-da‘watit-tāmmah, was-salātil-qā’imah, āti Muḥammadanil-wasīlata wal-faḍīlah, wab‘ath-hu maqāman maḥmūdanil-ladzī wa‘adtah, innaka lā tukhliful-mī‘ād.

Maksud

Ya Allah, Tuhan yang mensyariatkan seruan Azan yang sempurna dan Solat yang akan didirikan, kurniakanlah kepada Nabi Muhammad Al-Wasilah dan kelebihan, serta kurniakanlah kepadanya maqam yang terpuji yang telah Engkau janjikannya. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji.

Bacaan 5

Berdoa antara azan dan iqamat kerana doa pada waktu tersebut tidak ditolak.

Sumber

  • Al-BukhariRujukan: 1/152
  • MuslimRujukan: 1/288
  • MuslimRujukan: 1/290
  • Ibnu KhuzaimahRujukan: 1/220
  • Tambahan lafaz: إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ; lihat juga Tuhfah al-Akhyar 38Al-BaihaqiRujukan: 1/410
  • At-Tirmizi, Abu Daud dan AhmadRujukan: Lihat: Irwa' al-Ghalil 1/262